Ladang Gaharu MRSOL
Sehingga kini, kami mempunyai 3-lokasi Ladang Gaharu
1) Ladang Gaharu MRSOL Manjung Perak
2) Ladang Gaharu MRSOL Gua Musang
3) Ladang Gaharu MRSOL Kuala Terengganu
1) Ladang Gaharu MRSOL Manjung Perak
Ladang Gaharu kami di Manjung / Setiawan Perak mempunyai keluasan hampir 12,000 pokok yang terletak di Setiawan Perak.
Ladang Gaharu MRSOL Manjung Perak |
Menurut sumber wikipedia, Gaharu adalah kayu berwarna kehitaman dan mengandung resin khas yang dihasilkan oleh sejumlah spesies pohon dari marga/genus Aquilaria, terutama A. malaccensis. Resin ini digunakan dalam industri wangi-wangian (parfum dan setanggi) karena berbau harum. Gaharu sejak awal era modern (2000 tahun yang lalu) telah menjadi komoditi perdagangan dari Kepulauan Nusantara ke India, Persia, Jazirah Arab, serta Afrika Timur.
Pakar Gaharu UPM datang melawat Ladang Gaharu MRSOL pada Tahun 2012
Nama sebenar Gaharu adalah pokok Karas. Pokok karas berasal daripada famili Thymelaceae dan genus Aquilaria. Mengikut sumber maklumat Malaysian Industry Timber Board (MITB) terdapat 5-spesis utama di malaysia dan 22-spesis utama di dunia. Antara ciri utama daunnya adalah berkilat dan sukar dikoyakkan.
MRSOL bersama Madame MRSOL bahagia romantis bersemut di Ladang Gaharu mereka sendiri
Kayu Gaharu pula terhasil apabila pokok Karas mengalami stress (tekanan) yang akan berubah warna daripada kayu berwarna putih kepada warna lain (semakin gelap semakin mahal)
Regional Manager MRSOL irwan bersama pemodal Tok Janggut dan CEO MRSOL |
Alhamdulillah, adalah suatu penghargaan yang sangat istimewa apabila kami dijemput khas sendiri oleh MR CEO MRSOL untuk melawat Ladang Gaharu beliau seterusnya dapat pula hadiah anak pokok Gaharu spesis Mallencensis
Regional Manager MRSOL irwan bersama MR CEO MRSOL Tuan Ariffin Embong |
Tak dapat nak dibayangkan kegembiraan apabila dihadiah-kan percuma anak pokok Gaharu spesis Aquilaria Mallacensis begitu sahaja oleh Tuan MR CEO MRSOL sendiri.
Pasti ALLAH SWT memberi keluasan rezeki dan nikmat kebahagiaan berpanjangan buat beliau sekeluarga.
Alhamdulillah yo! kita dapat PERCUMA anak pokok Gaharu spesis Aquilaria Mallacensis |
Sebahagian anak pokok Gaharu spesis Aquailaria Mallacensis yang dipindahkan melalui pacuan empat roda Professor Dr Baharuddin Salleh
Gigih tok janggut bekerjasama membantu staf MRSOL mengangkat anak pokok Gaharu |
Sesungguhnya 'nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan' apabila saya sendiri dapat melihat dan mengecapi nikmat bahagia bergambar di Ladang Gaharu MRSOL ini, MasyaALLAH sememangnya sukar hendak diceritakan keseronokan nyata kepada umum.
ini Ladang Gaharu MRSOL Peace yo! |
Kami nyatakan juga disini asal usul spesis Gaharu yang ada menurut sumber wikipedia
1) Aquilaria apiculina, asal Filipina
2) Aquilaria baillonii, asal Thailand dan Kamboja
3) Aquilaria baneonsis, asal Vietnam
4) Aquilaria beccarain, asal Indonesia
5) Aquilaria brachyantha, asal Malaysia
6) Aquilaria crassna asal Malaysia, Thailand, dan Kamboja
7) Aquilaria cumingiana, asal Indonesia dan Malaysia
8) Aquilaria filaria, asal Tiongkok
9) Aquilaria grandiflora, asal Tiongkok
10) Aquilaria hilata, asal Indonesia dan Malaysia
11) Aquilaria khasiana, asal India
12) Aquilaria malaccensis, asal Malaysia, Thailand, dan India
13) Aquilaria microcarpa, asal Indonesia, Malaysia
14) Aquilaria rostrata, asal Malaysia
15) Aquilaria sinensis, asal Tiongkok
16) Aquilaria subintegra, asal Thailand
Kursus Gaharu dan Melawat Ladang Gaharu
acapkali sebenarnya hampir setiap bulan atau 3-bulan sekali kami mengadakan kursus untuk elmu Gaharu. Alang-alang dah berkursus, maka kebiasaan kita akan buat lawatan ke Ladang Gaharu juga
Di Ladang Gaharu kami belajar banyak perkara secara hands-on. Malah kekadang, MRSOL sendiri suka memberi apa beliau fikirkan sesuai kepada individu-individu yang bertuah..
Cuba lihat gambar aktiviti dibawah? Seronok kan? InshaALLAH amat berbaloi-baloi sebenarnya apabila kita hadir kursus anjuran MRSOL. Malah lebih cantik lagi jika daftar menjadi sebahagian daripada keluarga besar MRSOL.
Selain itu ketika lawatan sambil belajar ke Ladang Gaharu MRSOL di Setiawan, kita juga
berpeluang melihat secara langsung aktiviti pekerja-pekerja MRSOL disini antara lain seperti menebang pokok Gaharu, aktiviti inokulasi atau mencederakan pokok dan pelbagai lagi.
Dan yang paling seronok sekali kami nak bagitau sebenarnya adalah......jeng..jeng..jeng..
Pastikan jika ada seminar Gaharu yang kami buat, bersedia untuk bawa beg plastik sebanyak mungkin..hehe (ampun boss, minta ampun siap-siap sebab pecah rahsia). sebabnya disini kita berpeluang bawa balik daun Gaharu untuk kegunaan masing-masing!
Cer..Cer..tengok bagaimana senyum melebar Pengurus OUTLET MRSOL Sri Damansara dalam gambar dibawah ini. Siap jeling keriangan lagi bila dapat bawa balik setandan daun Gaharu!
Hah! cuba lihat pula gelagat Regional Manager Puan Zainun Seman. Nampak tak? Betapa beliau ambil peluang bawa seberapa banyak buah Gaharu yang ada sampai tak menang tangan!
Aktiviti Inokulasi Gaharu MRSOL
Inokulasi merupakan proses yang sangat penting dalam menghasilkan gaharu. Setiap pokok sebenarnya mempunyai resinnya yang tersendiri. Daripada resin ini-lah ia mengeluarkan haruman tertentu.
Justeru untuk resin Gaharu, sebenarnya ia mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinga memakan masa antara 20-tahun hingga 40-tahun untuk ia mengalami proses inokulasi lengkap secara semulajadi.
inokulasi secara semulajadi melalui semut
Bagi mencepatkan hasil resin gaharu ini, atas penyelidikan yang dilakukan, kita sendiri boleh mendapatkan resin kayu Gaharu melalui manual inokulasi formulasi sendiri di mana ada yang mengambil masa 6-bulan hingga setahun sahaja sudah boleh menghasilkan resin Gaharu itu
Berikut adalah antara vaksin yang biasa diinokulasikan seperti jenis Fusarium sp., Phialopora parasitica, Torula sp., Aspergillus sp., Penicillium sp., Cladosporium sp., Epicoccum granulatum, Clymndrocladium sp., Sphaeropsis sp., Botryodiplodia theobromae, Trichoderma sp, Phomopsis sp., Chunninghamella echinulata.
Seronok sebenarnya apabila kami diberi peluang menebuk atau mencederakan pokok Gaharu itu sendiri di Ladang gaharu MRSOL ini
antara kaedah inokulasi yang dilakukan
Cabaran Melawat Ladang Gaharu MRSOL
antara cabaran melawat Ladang Gaharu MRSOL adalah kita kena mendaki sedikit anak bukit atau jalan tanah membukit seperti dalam gambar dibawah
caiyok! caiyok! you can do it!
Lihat-lah video kami dibawah betapa gigihnya kami beramai-ramai terpaksa mendaki bukit kecil untuk ke Ladang Kayu Gaharu MRSOL. Apa pun sebenarnya ianya amat-amat berbaloi dan sungguh puas selama kami berada di Ladang Kayu Gaharu MRSOL ini
kami keluarga MRSOL seronok mendaki sedikit bukit untuk ke Ladang Gaharu MRSOL
MRSOL sendiri membuat inokulasi atau mencederakan pokok beliau sendiri
Madame MRSOL membuat inokulasi di Ladang Gaharu beliau sendiri
agen MRSOL dapat melakukan inokulasi dalam pakej AGEN TITANIUM 1st Batch ditawarkan
untung-lah agen MRSOL Sungkai, Tuan Muhaimin Hussain sempat sama inokulasi pokok
agen Titanium 1st Batch MRSOL, Tuan Wan Faizal membuat inokulasi pokok Gaharu
video secara dekat bagaimana kami mencederakan pokok Gaharu kami
hah! yang penting kita pun dapat izin MRSOL untuk buat proses inokulasi Pokok Gaharu
Hokey! dah selesai kita happy-happy lah pulop!
sebahagian daripada keluarga MRSOL bergembira bersama
1) Ladang Gaharu MRSOL Gua Musang
Ladang Gaharu kami seterusnya adalah di Gua Musang jalan menghala ke Dabong, Kelantan
sebahagian keluarga besar MRSOL yang bergembira seronok ketika aktiviti berkebun
MRSOL bersama Tok Janggut dalam siri membangunkan Ladang Gaharu Gua Musang
agen MRSOL Kelantan, ustaz Wan mendoakan makmur kesuburan Ladang Gaharu Gua Musang
aktiviti kami ketika hendak menanam anak pokok Gaharu di gua Musang Kelantan
Elmu mahal Gaharu di padang datar oleh MR CEO MRSOL sendiri
Tekun para agen MRSOL mendengar otai sebenar jutawan Gaharu berbicara perihal Gaharu
Okay, mari kita mulakan projek tanaman anak pokok Gaharu!
hmm..mcam berat jew gerudi tuh? sat, pikior jap!
ohhh! memang berat! sib Tuan Mat kita tolong...
ohhh..baru gerudi dah tanam...fuhhh! laju..
yeahhhhhh! akhirnya berjaya gerudi sendiri
Alhamdulillah, selesai semua kita solat hajat memohon kesuburan berpanjangan di Ladang Gaharu MRSOL Gua Musang Kelantan ini..aamiin..aamiin..aamiin
YA ALLAH, mudah-mudahan ENGKAU permudahkan semua urusan kami disini hendakNYA
ingin melawat Ladang Gaharu MRSOL?
Hubungi Lynn Agent MRSOL
HOTLINE : +60127445917
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Men Oudh Perfume MRSOL
Men Oudh Perfume MRSOL Wangian MRSOL Malaysia Premium Perfume Lelaki ini adalah diperbuat daripada campuran Pati bunga dan campuran minya...
- MRSOL Secret Of Love Disebalik jenama MR Secret Of Love MR SOL adalah singkatan daripada MR Secret of Love. Sebuah jenama yang ...
- Outlet Wangian Kayu Gaharu MRSOL sehingga hari ini, kami mempunyai 4-OUTLET MRSOL yang menjual dan memasarkan pelbagai wangian Gaharu MRSO...
- Sehingga kini, kami mempunyai 3-lokasi Ladang Gaharu 1) Ladang Gaharu MRSOL Manjung Perak 2) Ladang Gaharu MRSOL Gua Musang 3) Ladang ...
No comments:
Post a Comment
Sila beri komen yg positif😍😍