Tuesday, July 17, 2018

Pengenalan mengenai MRSOL

MRSOL Secret Of Love



 Disebalik jenama MR Secret Of Love

MR SOL adalah singkatan daripada MR Secret of Love. Sebuah jenama yang diasaskan oleh insan yang ingin menyebarkan cinta yang didalamnya ada pelbagai rahsia. Kerana di dalam gaharu tersemat pelbagai rahsia cinta. Cinta sesama makhluk, Cinta kepada Rasulullah S.A.W dan Cinta kepada Allah S.W.T




Tuan Ariffin Embong atau MRSOL bersama isteri beliau, Puan Rosnah Md Noor

Ditubuhkan pada tahun 2014, syarikat MRSOL Fragrance yang kini menjadi MRSOL HOLDING SDN BHD telah memasarkan produk wangian yang berjenama Secret Of Love atau MR SOL hampir menembusi segenap Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapore




MRSOL atau Tuan Ariffin Embong merupakan saudagar Kayu Gaharu


Terdapat pelbagai jenis wangian yang dihasilkan dibawah jenama Secret Of Love ini. Antaranya, Puteri Asmara, Puteri Kayangan, Apple Oud, Puteri Raihana, Puteri Impian, Puteri Cinta, Eternity Love, Eternity Reen, Pati Gaharu Kemboja, Pati Gaharu Putih dan banyak lagi


Setiap wangian yang dihasilkan mempunyai khasiat-khasiat khas untuk kegunaan tertentu






Tuan Ariffin Embong di dada akbar Wangian Gaharu




Antara khasiat atau kelebihan produk Secret Of Love ini ialah ia mampu membantu menenangkan hati dan jiwa, mencerdaskan akal dan menyihatkan otak, menghilangkan ketakutan dan kebimbangan, menghilangkan debaran jantung, menghilangkan sesak nafas dan melegakan LELAH (asma), memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh, menghilangkan rasa gementar, menghilangkan rasa sejuk tubuh, mengelakkan gangguan makhluk halus, histeria, sihir dan pukau.






Tuan Ariffin Embong Jutawan Inovasi Gaharu MRSOL



Wangian Secret Of Love ini halal dan boleh dibawa solat bagi umat Islam kerana campurannya tidak mengandungi alcohol.Suka kami nyatakan di sini bahwa wangian SECRET OF LOVE tidak memberi kesan sampingan ke atas pengguna kerana ramuan yang digunakan mendapat kelulusan daripada HACCP iaitu Hazard Analysis And Critical Control Points.


Antara anugerah lain yang telah diterima oleh MRSOL adalah Asia Pacific Innovation Award 2012, Gold Medalist IQS New York USA 2014, HACCP (Hazard Analysis And Critical Control Points), GMP Certified (Good Manufacturing Process) dan HALAL Certification






MRSOL Ariffin Embong menerima Anugerah Asia Pacific Innovation Award 2012 

Harga produk wangian Secret of Love ini bermula dari RM 29.90 sehingga RM 560. Manakala harga Pati Gaharu Secret Of Love bermula dari RM 300 sehingga RM 2500 dan ke atas.

Untuk menghasilkan pati gaharu yang berkualiti, kosnya amat tinggi. Pihak Mr. Secret Of Love mendapat sokongan penyelidikan dan bantuan daripada Profesor Dr Baharuddin Salleh, matan Timbalan naib Canselor USM, yang telah mengajar dan berkongsi tentang kaedah penanaman pokok karas serta pelaksanaan sistem tanaman bergilir dan juga cara menghasilkan teras gaharu yang berkualiti tinggi






MRSOL bersama Professor Dr Baharuddin Salleh, Pakar Patologi Tumbuhan Dan Mikologi USM
MRSOL juga mendapat publisiti hingga ke harian Metro




Tuan Ariffin Embong bergaya ketika ditemubual oleh Harian Metro


Ikuti temubual oleh Harian Metro pada tahun 2015 yang ditulis semula atau boleh ke sumber asal Harian Metro 







Pernah kerugian puluhan ribu ringgit dan ditipu tapi jiwanya kental, dugaan dalam perniagaan menjadikannya lebih bersemangat untuk meneruskan cita-citanya menjadi usahawan berjaya.

Keringat dan air mata sudah puas dicurahkan tapi nyata berbaloi untuk Ariffin Embong, 42, selepas usahanya dalam projek penanaman pokok gaharu membuahkan hasil lumayan

Kini bapa kepada lima cahaya mata itu mampu tersenyum bangga selepas satu demi satu produk hasil daripada berbudi kepada tanah mendapat sambutan memberangsangkan sekali gus membolehkannya memperoleh pendapatan hampir lima angka setiap bulan

Langkahnya memulakan tanaman gaharu sejak lima tahun lalu ternyata tepat pada masa kerana ketika itu tidak ramai pengusaha yang berani mengambil risiko dalam projek berkenaan walaupun diketahui hasil tanaman itu mampu memberi pulangan lumayan.

“Punca utama pokok gaharu amat bernilai tinggi kerana ia boleh diproses untuk menghasilkan produk kesukaan ramai iaitu minyak wangi

“Selain itu, ia juga boleh menghasilkan pelbagai haruman yang sentiasa mempunyai permintaan tinggi sejak zaman berzaman. Pada masa sama, daun pokok gaharu boleh dijadikan produk teh hijau yang kini menjadi kegemaran ramai kerana mempunyai aroma yang menyegarkan selain khasiatnya untuk kesihatan,” katanya

Ariffin berkata, sebelum mula menghasilkan produk minyak wangi gaharu, dia terlebih dulu menuai hasil daun pokok gaharu sebagai teh selepas setahun menanam pokok itu.

Hasilnya, produk teh gaharu madu yang diusahakan Ariffin pada 2011 bukan saja mendapat permintaan tinggi di seluruh negara malah menembusi pasaran Singapura, Brunei dan Dubai

Usahanya nyata berbaloi apabila produk teh gaharu madu itu juga memenangi Anugerah Inovasi Asia Pasifik pada 2012. Ariffin tidak menoleh ke belakang, selepas lima tahun mengusahakan tanaman itu dia melangkah setapak dengan menghasilkan minyak wangi di bawah label syarikatnya, Secret of Love Fragrance (Mrsol) sejak tahun lalu

Sehingga kini Ariffin sudah menanam sebanyak 12,235 pokok gaharu di tanah berkeluasan kira-kira 12 ekar di Batu 3, Damar Laut, Perak

Menyingkap pengalamannya dalam perniagaan itu, Ariffin mengakui perjalanannya tidak mudah kerana kekangan modal malah dia menggunakan sepenuhnya wang simpanan tanpa bantuan kewangan lain

“Selepas menamatkan perkhidmatan sebagai Pegawai Oceonografi Tentera Laut Diraja Malaysia, saya memulakan tanaman cili, serai, labu dan beberapa sayuran lain secara komersial dan hasil tanaman itu digunakan sebagai modal untuk menampung kos memulakan projek tanaman gaharu

“Pada peringkat permulaan, memang terasa kesukarannya kerana duit saya habis digunakan untuk projek ini, namun kerana minat mendalam dalam bidang pertanian, saya teruskan juga. Saya ikuti kelas penanaman gaharu dan mendapatkan anak pokok untuk ditanam di ladang yang dipajak

“Awal tahun ini saya fokus pada penghasilan minyak wangi selepas setahun melakukan penyelidikan sendiri, cuba jaya dan meminta ramai pihak bermula isteri saya dan pekerja untuk mencuba malah saya juga memberi sampel percuma pada orang ramai

“Langkah itu membuahkan hasil dan mendapat permintaan tinggi di seluruh negara. Kini saya sudah mempunyai lebih 30 ejen yang memasarkan produk wangian Mrsol secara dalam talian,” katanya.

Ariffin berkata, dia menggunakan sepenuhnya laman sosial untuk pemasaran hingga berkembang antara pengeluar minyak wangi gaharu asli di negara ini

Katanya, proses mengekstrak pati gaharu agak rumit bagi menghasilkan pati yang berkualiti tinggi. Minyak wangi gaharu dihasilkan untuk patinya saja atau campuran wangian, dan harga pati asli mampu mencecah lebih RM10,000

Menurutnya, campuran minyak wangi gaharu diproses sendiri dan ia boleh dibawa sembahyang manakala ketahanan haruman sehingga lapan jam sehari. Harga wangian gaharu bermula RM29.90 sehingga RM390

Bagaimanapun, pati asli gaharu agak berbeza kerana kualitinya yang tinggi dan dirumus oleh Ariffin sendiri atas permintaan khas daripada pelanggan. Proses pembuatannya mengambil masa lima hari dan memerlukan suhu yang dikawal rapi bagi memastikan molekul minyak dapat menghasilkan haruman yang terbaik menjadikan harganya agak mahal

“Pati asli gaharu adalah produk yang sangat terhad dan boleh dikatakan hampir tiada persaingan. Harganya dalam lingkungan RM300 hingga RM15,000. Mengapa hingga RM15,000? Ia kerana kualiti, keaslian, ketahanan dan keistimewaannya seperti haruman kekal sehingga tiga hari dengan hanya satu calitan,” katanya

Ariffin turut merancang untuk menghasilkan produk kosmetik berasaskan gaharu tahun depan. Produk wangian dan pati gaharu boleh didapati menerusi Facebook ariffine atau mrsolfragrance, dan melalui laman web www.mrsol.com.my





Tuan Ariffin Embong bersama produk MRSOL buatan beliau sendiri

Kini, setelah bersara daripada perkhidmatan tentera pada 6 Mei 2018 secara rasminya, beliau berhasrat akan terus bergerak lebih aktif cemerlang didalam memasarkan perniagaan Kayu Gaharu di atas jenama MRSOL ini ke peringkat antarabangsa





Tuan Ariffin Embong sebagai Pegawai Oceonografi Tentera Laut Diraja Malaysia
Alhamdulillah, sehingga kini beliau telah melahirkan ramai agen-agen dan dropshipper MRSOL seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura


MR CEO MRSOL

ingin bertemu MR CEO MRSOL?
Hubungi Lynn Agent MRSOL
HOTLINE : +60127445917

No comments:

Post a Comment

Sila beri komen yg positif😍😍

Gaharu Perfume Original MRSOL Branded

Gaharu Perfume Original MRSOL Branded The word perfume is used today to describe scented mixtures and is derived from the Latin word, ...